~Mari Berdoa~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah!!..bukakanlah..pintu2 kebaikan.pintu2 keselamatan.pintu2 kesihatan.pintu2 nikmat.pintu2 keberkatan.pintu2 kekuatan.pintu2 cinta sejati.pintu2 kasih sayang.pintu2 rezeki.pintu2 ilmu.pintu2 keampunan dan pintu2 syurga.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Thursday, June 18, 2009

petang yg sejuk..ngantuk..malas..x semangat..

salam...
ngape la ari ni aku rs cam x semangat je ek..
may be sebab banyak ngat pk kot..
adoii..nak study malas..bc pon x masuk..
tapi bile mengenangkan ilmu yg cetek nih..huhhhh...
cam tajuk entry aku..cam tula keadaan skang..

owwhh..di petang yg sejuk lg ngantuk + malas dan rakan2 yg sewaktu dgnnya ni..
sempat gak aku menjelajah blog2 org..sehingga ke 1 blog nih..
camne nk ckp ek..x perlula aku nyatakan sape beliau..
senang ckp aku tak paham ngan beliau..
beliau rs beliau di aniaya..sape aniaya beliau???..
menurut pandangan aku,beliau bnyk bermain dgn perasaan sendiri..
bleh jugak dikatakan paranoid..
bagi aku..kite ni idup bermasyarakat..ssh jugak kalo terlalu berahsia..
terlalu memendam perasaan..bkn ke berterus-terang..face to face lebih baik..
sms???..call??..gunakan org tgh utk menyampaikan hasrat dihati(hasrat yg x brape murni..)??..
bkn bleh selesai masalah pon..
lainla kalo masing2 terpisah ngan laut cina selatan ..
logikla kalo nak pakai sms ke phone ke..
kalo cr tu beliau rs bleh menutup kekejaman diri sendiri..x blehla cam tu bai..
itu hipokrit namanya..aku rs kite patut memupuk integriti dlm diri kite dlm ape jua perkara..
bukan time keje de integriti..**itu pun kalo ade**..berintegriti kah beliau dlm keje??
ermmm..ntahle..malasla aku meleter dgn lebih panjang..
biarla beliau dengan labu2 beliau..
dgn perasaan beliau..dgn emosi beliau..
aku???...pegila bace buku tu woiiiiiii...marah pada diri sendiri..

**integriti-nilai2 moral murni yg utuh yg dihayati oleh insan contohnya..amanah..jujur..bercakap benar..telus..menepati janji..menerima kritikan dan teguran..dan bnyk lg..korang google la..

Saturday, June 13, 2009

Peringatan pada yang belum berkahwin..

RASULULLAH S.A..W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)menaggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya.

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70)jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Jom Layan Citer Nih..


Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

p/s: so ape lg..jom sesame kite layan citer nih..stiap jumaat..9mlm..tv3..