~Mari Berdoa~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah!!..bukakanlah..pintu2 kebaikan.pintu2 keselamatan.pintu2 kesihatan.pintu2 nikmat.pintu2 keberkatan.pintu2 kekuatan.pintu2 cinta sejati.pintu2 kasih sayang.pintu2 rezeki.pintu2 ilmu.pintu2 keampunan dan pintu2 syurga.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saturday, June 13, 2009

Peringatan pada yang belum berkahwin..

RASULULLAH S.A..W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)menaggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya.

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70)jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

No comments:

Post a Comment