Thursday, December 4, 2008
Renung-renungkan...
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
-Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
-Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
-Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
-Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
-kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
-Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
-Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
-Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
-Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
-kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan,
-Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
-Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
-Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa,
-Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
-kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
-Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
-Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
-Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Labels:
renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment