~Mari Berdoa~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah!!..bukakanlah..pintu2 kebaikan.pintu2 keselamatan.pintu2 kesihatan.pintu2 nikmat.pintu2 keberkatan.pintu2 kekuatan.pintu2 cinta sejati.pintu2 kasih sayang.pintu2 rezeki.pintu2 ilmu.pintu2 keampunan dan pintu2 syurga.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Thursday, September 10, 2009

Bahang Raye..

Assalamualaikum w.b.t...selamat pagi malaysia..
wahhh..ari ni aku da mula rase bahang sambutan ari raye..ape taknye,
dari pagi radio dok mainkan lagu2 raye..trase x sabar lak nak cuti beraye..huhuhu..
okeh..aku de keje yg nak di settle kan..
.

Tuesday, September 8, 2009

TAWARAN HEBAT

Santai Time..

wit eija n aja..

ermm..sedapnye..

karaoke dl..wit ayin

cool..
pose dl..huhu..adekp..aku..noora n eija..

wit awis n noora..


..ayin..noora..adekp..aku..awis..
tgg turn nk karaoke..muahahah

Moments to Remember..Plkn Kump 3 Siri 06 2009


Ketam Stim...perrgghh..Marvellous!!!


Ikan Merah Bakar...Thanks le abg.kamal..huhuu..


Tiey n Dayah..


Bersama-sama cikgu-cekgi yg laen..nana-aku-su-kj-nan-epul-riduan-cikgu him


testing 1,2,3..weh..apsal gambar ko clear jerk??..*x puas ati..*..


wit my precious students..LP4


Sempat lg posing..huhu..KJ tgh ngajar kat depan..


nana..kite nampak cerahla..wakakaka


prevention is better than cure..beware of H1N1...


Waaa..comelnyer..


wit my students..


My students..


Cheeeseeeeee n peaceeeeeee...

Wednesday, September 2, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t...
Pejam celik,pejam celik..da tiba ramadhan pun..kejap je kan..rindunya aku kat blog nih..da lame x wat entry walhal banyak betul bende yang nak di story..huhu..x pela..aku akan cuba spend satu mase untuk update blog nih..bile???..ntahle..muahahaha..dikesempatan ni aku nak wish slamat berpuase pada sume..mintak ampun dan maaf..aku manusia bese..dah sah2 banyak kesilapan n kekhilafan yang da aku lakukan...aku arap..bulan mulia nih, aku dapat meningkatkan tahap keimanan..kesabaran..disamping perbaiki akhlak yang x seberapa nih..semoga Allah s.w.t memberikan aku petunjuk dan keberkatan sepanjang bulan ramadhan ni..aaamiiiinnn....

Thursday, June 18, 2009

petang yg sejuk..ngantuk..malas..x semangat..

salam...
ngape la ari ni aku rs cam x semangat je ek..
may be sebab banyak ngat pk kot..
adoii..nak study malas..bc pon x masuk..
tapi bile mengenangkan ilmu yg cetek nih..huhhhh...
cam tajuk entry aku..cam tula keadaan skang..

owwhh..di petang yg sejuk lg ngantuk + malas dan rakan2 yg sewaktu dgnnya ni..
sempat gak aku menjelajah blog2 org..sehingga ke 1 blog nih..
camne nk ckp ek..x perlula aku nyatakan sape beliau..
senang ckp aku tak paham ngan beliau..
beliau rs beliau di aniaya..sape aniaya beliau???..
menurut pandangan aku,beliau bnyk bermain dgn perasaan sendiri..
bleh jugak dikatakan paranoid..
bagi aku..kite ni idup bermasyarakat..ssh jugak kalo terlalu berahsia..
terlalu memendam perasaan..bkn ke berterus-terang..face to face lebih baik..
sms???..call??..gunakan org tgh utk menyampaikan hasrat dihati(hasrat yg x brape murni..)??..
bkn bleh selesai masalah pon..
lainla kalo masing2 terpisah ngan laut cina selatan ..
logikla kalo nak pakai sms ke phone ke..
kalo cr tu beliau rs bleh menutup kekejaman diri sendiri..x blehla cam tu bai..
itu hipokrit namanya..aku rs kite patut memupuk integriti dlm diri kite dlm ape jua perkara..
bukan time keje de integriti..**itu pun kalo ade**..berintegriti kah beliau dlm keje??
ermmm..ntahle..malasla aku meleter dgn lebih panjang..
biarla beliau dengan labu2 beliau..
dgn perasaan beliau..dgn emosi beliau..
aku???...pegila bace buku tu woiiiiiii...marah pada diri sendiri..

**integriti-nilai2 moral murni yg utuh yg dihayati oleh insan contohnya..amanah..jujur..bercakap benar..telus..menepati janji..menerima kritikan dan teguran..dan bnyk lg..korang google la..

Saturday, June 13, 2009

Peringatan pada yang belum berkahwin..

RASULULLAH S.A..W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)menaggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya.

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70)jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Jom Layan Citer Nih..


Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

p/s: so ape lg..jom sesame kite layan citer nih..stiap jumaat..9mlm..tv3..

Monday, May 25, 2009

Selamat Pagi Malaysia...
Pejam celik..pejam celik..rupe-rupenye da hampir 2 bulan aku x wat sebarang entry..fuhhh..
bukan x nak wat..masa n keadaan x mengizinkan..cam bese..banyak bende nak diceritakan..tapi tak dapat nak diluahkan..mau x banyak wooo...ari2 de story..macam2 hal terjadik..bile da banyak cam gini..da x tau nak story yg mane..bnyk story yg da basi..huhuhu..by the way..yg ni kire tak basi lagi la..

Cite nye..15/5/2009 yg lepas..tak semena-mena(betul ke ayat aku??..blasahla..) aku injured kat lutut...gara2 men netball la..team desperado(team aku..) vs champion..ntah camne...aku rase da landing betul2..pas tu ntah camne..lutut aku bleh terkehel lak..siap kluar bunyi prapppp lagi..wat aku ngeri jerkk..dalam saket2 tuh..sempat lg terdetik**alamak..patah ke???**...gilee..saket wooo..aku x penah rs saket cenggitu..pergghhhh..saket yg aku rs x leh nak nangesss..camne ekk..ape aku leh wat..pejam mata jerkk..**mcmla pejam mata leh ilang saket tuhh..menambah feel bleh la..**ms tu tggl 2,3 min je lg nak abes game..cesss..x sempat aku ngabeskan game tuh sib baik mata kitorg yg lead..huhu..diorg trus bwk aku g hospital serdang...nek ambulans..huhu..ampes jerk..sampai sn aku kn tgg turn utk msk blk x-ray..lambat la plak..lutut aku makin saket da..sabo jela..time tu br rase nk nanges..hhuhu...

sementara nak x-ray tuh,..adela 2,3 org yg jenguk aku..ntah..MA kot..ngan nurse2 kat situ..time tu jugak aku kn injek kat punggung..cessss..ngeri jerkkk..sempat gak aku tanye nurse tuh..x leh cara kee??mkn pil ker??,,huhu..die cakap..dokter suh injek..injek jela...errrmmm..hampess..aku dala penakut ngan bende2 nihh...aduila..nak tak nak..trime jela..

akhirnya masuk gak bilik x-ray..cesss...attendan tu men2 je tolak strecher aku tuh..die wat cam bersiar-siar lak..ampesss..seronok agaknye tolak org nih..sib baik dokter ckp..x de retak2 or patah..fuhhh...lega...cuma masalah ligamen jerkk..so..lutut aku perlu di bandage jerkk..then makan obat pain killer n tahan bengkak jerkk..seksa sehhh..kene wat cam kawat kaki perlahan jalan tu..nek tangga??..lg la seksa..2 ari aku tak kuar umah..nak solat??..duduk kaki berlunjur ok..da mcm OKU aku nih..huhh..dugaan betul..pergerakan aku sgt lembap..oopss..bkn lembap..tp slow..sopan..cam org pompuan dlm pantang..itupun aku rs diorg jln lg laju dr aku...

so far..skang aku da bleh nek n turun tangga..okle tu...cm takes time la nk pulih cam bese..aku dilarang membuat sebarang aktiviti lasak..tapi ade ati nk men ping pong nxt week..maybe 2,3 bln kn rest..pergghh lame tuhh..nak wat camne..nak bek cpat,.kn la beringat kan..aku serik wehh..huhhh..boring giler x leh bersukan ni..camne nk release stress???..

moral of the story..sebelum wat ape2 aktiviti sukan or whateverla yg melibatkan penggunaan fizikal nih..strecthing dl okeyyyy...x de arr nanti cramp la,saket2 bdnla n terkehel cam aku nih..owwhh..sebelum aku end up this entry..sket info..team aku (DESPERADO) telah menang kesemua game ari tuhh..hooooreyy!!by the way..credits to kak habsah..coz sebab beliau la team kami menang..actually,.beliau pon injured gak..huhu..tapi sebab geram nengok team kitorg yg da hampir2 nk kalah(sbb aku x de okeyy..wakakaka)..mane bleh wooo..beliau masuk jek..kitorg trus menang...lega den..den yg duk kat spital sempat lg msg beliau..tanyekan score..huhuhu..:pompom::pompom::pompom:

Friday, March 27, 2009

Selamat Membaca...

Assalamualaikum...selamat ari jumaat...penghulu segala ari..huhu..tema ari ni adalah..."ari jumaat ari yang mulia"..huhu..lagi satu.."ari ni lebih baik dr semalam"..tapi persoalannya..*siap de soalan la plak...*..Adakah ari ni lebih baik dr semalam???...pagi nih je da wat aku panas...huhh...soalan MTest KPLI lak bapakla susahnye..camne nak jadik cikgu nehh???....**cess..nampak sangat pikiran aku sedang berkecamuk..tapi x de arr sampai tahap jiwa kacau oke...ape yg aku merapu nih sket pn x de kaitan ngan tajuk entry...**..
Wokeh..berbalik kepada tajuk entry..di sini suke aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat membaca kepada pengunjung2 blog aku..yg diundang mahupun tidak diundang....aku x kesah beb/bro..korang nak bace..bacela..nak komen pun silakan..kalo aku x ske ngan komen2 korang..dengan sendirinya aku akan delete..susah ape kan..??..as easy as peanut..
Untuk pengetahuan korang gak..aku mengklasifikasikan blog nih sebagai 18PL..yg bwh umo tuh..kalo korang nk bace..sila mintak izin mak bapak dl oke..suke aku mengingatkan supaya kamu sume yg membaca,supaya tahan mental kerana silap aribulan..kamu merupakan orang yg dikutuk di dalam blog ini oke...aku x kesah korang nk bace..silakan..nak perli2 aku diluar sana???...silakan..tapi aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya tibe2 korang diserang darah tinggi..migrain..kencing manis..sawan babi..saket jantung..dan sebagainya..sehingga membawa kepada kematian korang...huhhhh...sori oke...jgn kata aku x kasik warning oke...bak kata Nabil Raja Lawak...bukan Raja Thailand oke..tapi RAJA LAWAK.."LU PIKIRLA SENDIRI!!!"...
Okela..t aku sambung lagi..tiba2 mati idea lak...wakakakaka..*ketawa jahat..*
P/S: Special thanks 2 Tn. Fatah..aku menaip entry ini menggunakan PC beliau...

Sunday, March 15, 2009

MU = LOSER

salamm...ermm..aku br jerk lepas nengok badminton swiss open final..Lee Chong Wei vs Lin Dan..perghh..lepas chong wei kalah ngan lin dan time olimpik ari tuh..aku da frust..bengkek je tgk muke lin dan yg cam berlagak tuhh..pas tu bebaru nih..chong wei kalah lagi time All England...skali lagi aku frust...sib baik dowhh...ari nih die bleh menang plak...fuhhh ngan muke Lin Dan..wakakaka...*crita ni sket pon x berkaitan ngan tajuk entry...*huhu..Bold
Weh..aku cume nak cakap pasal MU Loser!!!..puas ati beb..smalam MU vs Liverpool..1-4...pergghh..!!!..memang kene gulai la MU..so..kepada fans MU..jangan nangis oke!!!!padan muke korang..wakakaakakaka*ketawa menganjing*..aku x kesah le walaupun liverpool still kat tangga kedua..x kesah beb..yg penting skarang liverpool da berjaye blasah MU..tu jerkkk..cukup puas ati!!!...HotThumbsUp

Thursday, March 12, 2009

Macam2 Hal..

Salam..wahh..tibe2 terdetik nak wat entry ari nih..padahal tggl bape minit jerk nak blah dr opis..huhu..yela..sementara aku ade mood utk bercerita..actually,...macam2 hal aku dgr dan perdengarkan ari nih..
kisah ketidakpuasan ati dikalangan bebudak nih..besela..masing2 de PHD kan..haha..aku pun turut same tidak berpuas ati..yela..sedap2 je nk berdengki2 lak..aku lek2 jerk..x dengki2 pun ngan diorg..yg penting aku bahgia..tapi nk wat camne,..aku sebahagian daripada saksi..well..terpaksala mengeluarkan kesemua fakta kes..ehehehe..
pas tu..aku story lak kat kak salmi psl si mangkuk ayun tuhh..saje nak kasik hangat sket..hahaha..*gelak setan..*jahat tul aku..huhu..tapi aku citer bende yg betul oke!!!..dan sememangnye aku SANGAT tidak bersetuju dengan sikap mangkuk2 hayun tu sume yg ade PHD n ske menyalahkan orang lain atas kebodohan dan kebangangan diri sendiri..*iskk..truk tul bahse mlayu aku...*
Ha..x ketinggalan..kisah semalam..frenly match ngan HQ..cam vavi jerkkk..walaupun kitorg menang..tetap x puas ati ngan PENGADIL n jugak PLAYER diorg yg x ubah cam vavi gak..REF mane la dak2 ni kutip agaknye..cam syial jerkk..lepas ni..x dela..nak frenly2..enemy trus..wakakakaka...wokehla..
nak blah dulu..huhu